Salam Perkenalan & Salam Pertemuan


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Anda Pengunjung ke

Semak Callsign Anda

Check : By:
MCMC (Malaysia) Apparatus Assignments

Peluang Mengiklankan Perniagaan Anda.....

Di blog teachers-club ini membuka ruang untuk anda semua membuat iklan untuk perniagaan anda dengan kadar rata RM50 sebulan. Iklan anda akan dipamer pada muka hadapan blog selama sebulan. Iklan yang diterima untuk dipamerkan hanyalah dalam bentuk gif / jpg sahaja. Sekiranya anda berminat bolehlah menghubungi En. Mohd Faisal bin Othman di talian 012-2543382.

Al-Quran Terjemahan

Hadis Muslim

Semak Tarikh Lahir Anda Dalam Taqwim Hijriah

Download Rancangan Pelajaran Tahunan Untuk Sekolah Rendah

English

 

  • English Year 1

  • English Year 2

  • English Year 3

  • English Year 4

  • English Year 5

  • English Year 6

  • Pendidikan Muzik SR

    TAHUN 1

    TAHUN 2

    TAHUN 3

    TAHUN 4

    TAHUN 5

    TAHUN 6

    Wednesday, October 21, 2009

    Set Soalan Ujian & Peperiksaan

    Salam Untuk Semua,

    Kepada semua ahli dan pengunjung blog teachers-club, buat masa ini blog ini sedang dalam proses untuk mengumpul set-set soalan ujian dan peperiksaan untuk digunakan bersama. Jadi kami di sini mengharapkan kerjasama daripada anda semua di luar sana untuk berkongsi set-set soalan sekiranya ada bagi kemudahan kita bersama.. Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan....

    Friday, June 12, 2009

    Kembali Ke Sekolah

    Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

    Buat anda warga pendidik dan kakitangan sekolah walau di mana anda berada. Semoga anda semua terkhabar sihat hendaknya. 2 hari lagi akan tamat cuti persekolahan dan sesi persekolahan penggal ke 2 akan bermula. Pasti ada di kalangan anda yang mengeluh malas, ada juga yang bersemangat dan pelbagai lagi reaksi yang timbul. Apa pun reaksi anda, teachers-club mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan laksananakanlah tanggungjawab anda dalam mendidik anak bangsa dengan penuh komitmen dan sehabis baik yang anda mampu.. Good Luck untuk anda semua..

    Friday, June 5, 2009

    Sekadar Renungan Kita Bersama

    Sekadar renungan dan 'muhasabah' diri dari lanjutan ilmu 'TARIKH LAHIR' dan perilaku kita sebagai hamba di muka bumi ini. Sampai-sampaikanlah.

    AMIR RUL MUKMININ

    PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM?

    HIJRAH

    Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan

    MUHARRAM

    Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika
    tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat..

    SAFAR

    Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya
    perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

    RABIULAWAL

    Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.


    RABIULAKHIR

    Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.


    JAMADIL AWAL

    Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

    JAMADIL AKHIR

    Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

    REJAB

    Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik.. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

    SYA'ABAN

    Perwatakannya baik.. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.

    RAMADHAN

    Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

    SYAWAL

    Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.


    ZULKAEDAH

    Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru.. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

    ZULHIJJAH

    Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

    Tuesday, June 2, 2009

    Latar Belakang & Sejarah Penubuhan

    - Awal penubuhannya ialah pada 1 Mei 2009

    - Teachers Club Community ini terhasil idea dari 3 orang guru yang sedang bercuti di Cameron
    Highland.

    - Berpusat di Negeri Melaka, Bandaraya Warisan Dunia..

    Objektif

    1. Untuk mengeratkan silaturrahim, yang jauh dapat didekatkan, yang dekat dapat dieratkan.

    2. Untuk bertukar-tukar fikiran dan pandangan di dalam P & P.

    3. Mewujudkan suasana harmoni di kalangan warga pendidik.

    4. Meningkatkan kemahiran di dalam proses pengajaran dan aktiviti di luar bilik darjah.

    5. Bekerjasama dalam menangani permasalahan yang timbul dalam proses P & P di sekolah.

    6. Memartabatkan Profesyen Perguruan di mata dunia.

    Kumpulan Sasaran

    Semua Guru dan kakitangan sekolah yang masih berkhidmat ataupun yang sudah bersara.